Followers

Friday, October 21, 2011

Kata-kata...(^.^)

Jika hari ini aku terlalu gembira,
Sedarkan aku dengan amaran Allah swt...


Jika aku bersedih tanpa kata,          
Pujuklah aku dengan tarbiyah pencipta...

Jika aku lemah tak berdaya,
Ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga...

Jika antara kita ada tembok pemisah,
Ajaklah aku meleraikannya segera...

Jika pernah hatimu terluka disebabkan daku...
Luahkanlah agar aku dapat mengubah diriku...
Ukhuwah kita untuk SELAMANYER...

CINTA

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia,
ia laksamana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci.

Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya.

Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,
tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaaan, penipu, langkahnserong dan lain-lain perkara yang tercela.

Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji...

SEMANGAT
Jangan sesali apa yang sudah pergi...
Jangan tangisi apa yang sudah tiada...

Tetapi bangkitlah dan bina kembali...
Apa yang telah hilang dan pergi...

KEHIDUPAN

Dunia ini umpama lautan yang luas.
Kita adalah kapal yang belayar dilautan...

Telah ramai kapal yang karam di dalamnya...

Andai muatan kita adalah iman, 
dan layarnya takwa,

nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini...



No comments:

Post a Comment